❤ Assalamualaikum..terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya..harap kalian tinggalkan jejak dan follow blog saya..marilah sama2 kita berkongsi ilmu pengetahuan yg ada..insyaALLAH.. ❤

Tuesday, July 5, 2011

ISTINJAK

Pengertian istinjak ialah membersihkan qubul atau dubur selepas membuang air kecil atau besar.

Hukumnya wajib

Alat beristinjak
-Air mutlak



-Batu



-Kertas tisu tandas





-Daun kering




Cara beristinjak boleh dibuat dengan cara berikut :
• Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat diikuti air.

• Menggunakan air semata-mata.

• Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat seperti batu, daun-daun kering atau kertas semata mata. Bilangan batu yang digunakan biarlah jumlah yang ganjil.

Fadhilah(Faedah yang diperolehi)dari Wuduk






Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Hikmah Berwuduk


 Membersihkan anggota yang terdedah kepada kekotoran
 Memberi kesegaran anggota & jiwa untuk beribadat kepada Allah
 Menghapuskan dosa-dosa kecil
 Mendidik jiwa sentiasa beradab dan bersopan untuk menyembah / mengadap Allah
 Menjauhi gangguan syaitan

Adab berwuduk

 Memulakan wuduk dengan Basmallah
 Berjimat menggunakan air
 Menghadap kiblat
 Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk
 Menjaga daripada terdedah aurat

Perkata membatalkan wuduk

1.Keluar sesuatu dari qubul dan dubur
2.Bersentuhan kulit lelaki dgn perempuan bukanmahram tanpa berlapik
3.Hilang akal : disebabkan gila ,mabuk ,pengsan atau mengambil ubat yang
boleh menghilangkan ingatan
4.Tidur yang tidak tetap papan punggung
5.Menyentuh kemaluan sendiri atau orang lain tanpa berlapik

Perkara Makruh ketika wuduk

1.Membasuh anggota wuduk lebih 3 kali
2.Berkumur-kumur atau memasukkan air ke dlm
hidung secara berlebihan( bagi org berpuasa )
3.Mendahului anggota kiri
4.Bercakap-cakap ketika berwuduk

Perkara Sunat ketika berwuduk

1.Memulakan dengan Basmallah
2.Membasuh kedua tangan hingga pergelangan
3.berkumur-kumur
4.Memasuk air dlm hidung dan mengeluarkannya
5.Menyapu air keseluruh kepala
6.Membasuh kedua-dua telinga
7.Menggosok celah jari kaki dan tangan
8.Berturut-turut – tidak diselangi masa yang lama
ketika membasuh satu anggota dgn yg lain
9.Membasuh 3 kali setiap anggota wuduk
10.Membaca doa selepas wuduk

Rukun-Rukun wuduk


1.Niat - Ketika air sampai ke muka – 'Sahaja aku berwuduk kerana Allah taala'
2.Membasuh Muka – Bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke
dagu & Dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri
3.Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku-
4.Menyapu sebahagian kepala – Sapu sebahagian rambut di dahi sahaja
- Jika tidak berambut memadai sapu kulit kepala
5.Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
6.Tertib – Melakukan semua rukun wuduk mengikut tertib

ANGGOTA WUDUK






1- muka




2- membasuh ke dua belah tangan hingga ke siku




3- menyapu sebahagian kepala




4- membasuh kaki hingga ke buku lali

WUDUK







Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.

Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.


Hukum berwuduk adalah:
1. Wajib
• Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.

1. Sunat
• Ketika hendak mandi wajib
• Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
• Ketika hendak tidur
• Ketika marah

bahagian air mutanajjis

Air mutanajjis

Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.

Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.

Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis
1. Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
2. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
3. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu

Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan
1. Lalat
2. Kumbang
3. Kala
4. Lipas
5. Cicak
6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

bahagian air musyammas

Air musyammas

Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.

Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

bahagian air muqayyad

Air muqayyad

Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.

Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:
• Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
• Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.
Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( المياه متغير ) "almiahu Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.

Bahagian air musta'mal

Air musta'mal

Air musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.

Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.

Air yang berubah dan bercampur
Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara".
Berikut adalah cara air yang berubah:
• Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
• Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
• pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
• pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
• pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.

Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.

Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:
• Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.
• Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.

Bahagian air mutlak

Air mutlak ialah air yang disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu,iaitu tujuh jenis air.


1. AIR HUJAN.



2. AIR EMBUN.




3. AIR LAUT.




4. AIR SUNGAI.




5. AIR MATA AIR.




6. AIR PERIGI.





7. AIR SALJI.





• Apabila cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya.
• Air yang kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.

Sukatan dan timbangan dua kolah

S:Berapakah sukatan air dua kolah?
J:Sukatan dua kolah itu bersamaan dengan 13 tin minyak tanah yang biasa dan jika dinilai dari sudut timbangan ialah lima ratus kati Baghdad bersamaan lebih kurang 317 kati minyak tanah.

Ukuran bekas air yang bersamaan dia kolah

• Jika bekas itu bulat maka ukuran tinggi 2 ½ hasta dan ukuran lebar bulatannya satu hasta.
• Jika bekas empat persegi maka ukuran tinggi 1 ¼ hasta dan ukuran lebar tiap-tiap segi itu 1 ¼ hasta juga.

BAHAGIAN AIR

Air adalah penting untuk kegunaan manusia. Begitu juga bagi agama Islam kerana meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian:
Jenis-jenis air dari segi hukum
• Air Mutlak
Air yang suci lagi menyucikan iyang kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain.

• Air Musta'mal
air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, contoh air tebu , air kelapa.

• Air Muqaiyad
air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Contoh: bercampur sirap kopi dan sebagainya.

• Air Musyammas
air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.

• Air Mutanajjis
air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolahTidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.

THAHARAH


Pengertian thaharah ialah menghilangkan hadas dan najis daripada badan pakaian dan tempat.
Hukumnya adalah wajib
Hikmah thaharah ialah
 Membersihkan hati
 Terhindar dari kekotoran
 Terhindar dari najis
 Tidak mendapat penyakit

CONTOH IBADAH YANG BAIK UNTUK DILAKUKAN


1- solat jenazah
2- solat berjemaah
3- membantu orang susah
4- bercakap benar
5- membaca Al-Quran

Monday, July 4, 2011

RUKUN ISLAM

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

1. Mengucap dua kalimah syahadah
:Ianya disebut sebagai 'Dua Kalimah Syahadah' kerana pada lafaznya terdapat dua pengakuan atau dua penyaksian. Iaitu penyaksian pertama:
أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH

dan penyaksian kedua:
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ
"..dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”





2. Menunaikan solat fardu lima waktu
:Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan.

Waktu Solat telah ditentukan masanya
• Solat Subuh (Sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit)
• Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari)
• Solat Asar (Waktu petang)
• Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam)
• Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)





3. Berpuasa pada bulan Ramadan
:PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.




4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
:Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.







5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
:Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka

IBADAH


Ibadah atau Ibadat (bahasa arab: عبادة) dari sudut makna (bahasa) adalah merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu.

Ibadah dari sudut makna (syara') adalah taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah S.W.T. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.